Sewa bas dan van bersama pemandu serta minyak
Pengenalan
Kami adalah agensi pengembaraan dan berpusat di kota kinabalu sabah Malaysia. Pengalaman selama 13 tahun dalam industri pelancongan. Pemiliknya bermula sebagai seorang pemandu bas persiaran selama 17 tahun dan berkhimat di pelbagai syarikat pelancongan. Beliau telah menjalankan perkhidmatan ini tanpa lesen selama 5 tahun dan mendapat saranan dari pihak berkuasa untuk memohon lesen ketika itu. Pada pandangan beliau perusahaan ini sangat baik untuk diusahakan. Justeru, beliau mengambil kesempatan ini untuk memohon lesen dari pihak kementerian kemudian membuka syarikat sendiri.
Oleh yang demikian, setelah mendapat lesen yang sah dan berdaftar, pihak kami menawarkan pelbagai pakej pelancongan. Antaranya, 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam. Seterusnya, pada masa kini, perkhidmatan sewa bas dan van bersama pemandu serta minyak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pelancong domestik. Bukan itu sahaja, pihak universiti tempatan, jabatan yang menggunakan cara bayaran LPO, keluarga besar dan kecil, pihak pertubuhan, sekolah, ajen- ajen dan pelancongan dari dalam negeri atau luar negeri. Terdapat juga pakej persendirian mengikut kehendak pelanggan.
Misi
Pihak kakitangan kami juga akan membantu para pelangan semasa lawatan anda disabah dari semasa kesemasa mereka akan memberi maklumat samada masa solat atau lokasi lawatan seterusnya masa diluangkan disetiap lokasi yang sebaiknya agar lawatan seterusnya berjalan lancar ,penyelarasan perjalanan mengikut perbincangan bersama atau mengikut jadual perjalanan amat dititik beratkan.
Pertubuhan kami juga memberi perkhidmatan bayaran pendahuluan tempahan yang sangat rendah. Oleh itu, ia memberi keyakinan kedua belah pihak bahawa urusan ini dilaksanakn dengan benar dan tulus agar jikalau berlaku kesulitan kedua belah pihak tidak mengalami kerugian yang amat besar. Bayaran hanya dibuat kedalam akaun pertubuhan berdaftar bukan individu. Bagi memudahkan urusan seterusnya pihak kami akan mengutip baki bayaran semasa ketibaan supaya memudahkan urusan tempahan atau kos pengurusan rombongan semasa lawatan disini.
Pihak kami juga mempunyai lingkaran hubungan dengan banyak agency pelancongan di Malaysia khasnya di Sabah.
Transportation
Pihak kami memiliki beberapa buah kenderaan seperti berikut